Skip to main content

E-HAILING FOR UBER/GRAB DRIVER ~ SPAD~

JANGAN LEKA YER !


Laluan lebih pantas kepada lesen e-hailing anda kini di sini

19 September, 2017 | Malaysia
Di bawah peraturan e-hailing yang akan dilaksanakan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menghendaki rakan pemandu memiliki lesen e-hailing yang sah untuk memberikan perkhidmatan perkongsian perjalanan. Bagi membantu anda bersedia lebih awal untuk urusan ini, Uber kini bekerjasama dengan SPAD untuk mendaftarkan anda!
Ini adalah penting bagi anda, walaupun anda berasa tidak pasti sama ada anda akan memandu sebagai rakan e-hailing pada masa hadapan! Mendaftar di bawah program prapendaftaran ini akan bermakna bahawa anda merupakan seorang rakan pemandu e-hailing dalam peralihan, dan anda akan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan yang mungkin dilaksanakan oleh SPAD. Tambahan lagi, anda juga akan mendapat tempoh tangguh (grace period) tambahan selama setahun untuk menyempurnakan pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan kenderaan anda.
Sebagai sebahagian daripada langkah prapendaftaran ini, hanya maklumat di bawah sahaja yang akan diberikan kepada SPAD. Maklumat ini akan digunakan untuk mempercepat proses pengeluaran lesen e-hailing anda apabila peraturan yang baharu berkuat kuasa.
(i) Maklumat Rakan Pemandu:                
  • Name                                                       
  • Nombor MyKad                                            
  • Alamat E-mail                                               
(ii)   Maklumat Kenderaan:
  • Nombor Pendaftaran                                 
  • Model                                 
  • Tahun Pembuatan
Kami tidak akan mengongsikan penyata bayaran dan sejarah perjalanan anda, atau data berkaitan kewangan anda yang lain memandangkan maklumat tersebut tidak diperlukan dalam program ini.
Sekiranya anda ingin menarik diri daripada program ini, sila berbuat demikian sebelum 24 September 2017 dengan mengisi borang ini
Sila ambil perhatian, sekiranya anda menarik diri dari program ini, ianya mungkin akan menyebabkan sekatan akses kepada apps Uber Driver, sehinggalah anda melengkapkan keperluan lesen e-hailing SPAD, termasuk memastikan anda lulus proses penapisan yang diwajibkan kerajaan, di samping menyempurnakan pemeriksaan kesihatan dan juga pemeriksaan kenderaan anda.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kunyit Asam Sido Muncul memang terbaik dan berkesan !

Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Std 1- 6

Rendang Oh Rendang 💕