SAPS - NO MORE HIDING YOUR EXAM RESULTS KIDS !
Apa yang ibubapa perlu tahu tentang anak-anak ?
1) Aktiviti harian
2) Rakan sebaya
3) Kerja sekolah
4) Keputusan Peperiksaan
Kalau tanya kat akak semua nie penting tapi most of all akak memang sangat2 mengambilberat tentang keputusan exam anak. Kita sebagai ibubapa tak boleh pandang ringan soal education anak2. Memang ada dikalangan anak2 nie yang "gifted". Apa maksud "gifted" nie ?
Meh, akak terangkan. Ada anak2 nie yang jarang-jarang tengok buku tapi bila exam boleh score power giler. Ada pulak yang tak sentuh buku langsung kat rumah untuk ulangkaji tapi bila exam jawab soalan macam kacang putih...hahaha itu yang akak namakan "gifted". Samaada dia belajar ataupun tidak sememangnya budak nie jenis genius. Lagi la kalau dia sentuh buku atau buat ulangkaji, memang confirm listed as top student in school...memang jadi student kesayangan sekolahlah !
Tapi....macammana pulak bagi anak2 yang suka sangat sorok keputusan exam diaorang ??
Kita sebagai ibubapa kekadang sampai tahap tak larat nak tanya mana results periksa...paper exam lagi la payah nak tunjuk lebih2 pulak kalau dapat keputusan tak memberangsangkan 😅 (betul tak ?)
Cuba kalau dapat results above 80% confirm yang itulah paling nak sangat ditunjuk kekadang tu sampai berulangkali. Sometimes tak menyempat sampai rumah, tengah kita drive kereta time tu la dia nak tunjuk sangat...(sebab anak akak yang bongsu memang camgitu ler perangai dia).
Bila kita tanya mana exam paper yang lain maka dijawabnya "cikgu tak kasi bawa balik", "cikgu tak bagi pun !", "tak dapat lagi paper exam"...(kekadang sampai habis cuti sekolah pun tak dapat2 paper tu)....entahlah wallahualam
Kita sebagai ibubapa pun kadang rasa cam nak marah tapi nak salahkan anak pun, kita sendiri tak tahu samaada anak kita tu cakap benar ataupun tidak. Kalau marah teruk2 tapi end up memang cikgu yang tak bagi or lewat serahkan exam paper mahupun exam results, kita pulak rasa bersalah pada anak2. Hurmmm....
So, bagi yang masih tak tahu cara-cara nak dapatkan keputusan peperiksaan anak2 please click link kat bawah....confirm kita akan tahu results periksa anak2 kita kat sekolah. So, lepas nie No More Hiding Your Exam Results Kids !!!
Tapi kalau ada yg kosong tu, faham2lah coz akak tak nafikan memang ada cikgu2 yang masih tak masukkan data results periksa student dlm pengkalan data SAPS yang MOE telah sediakan. Mohon "terasa" bagi cikgu2 sekolah yang still tak buat yer...sampai hujung tahun pun still akak tengok kosong...
https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2
Lepas korang click link nie, jangan lupa buat under favorite create shortcut pada desktop or mobile phone korang...senang !
All the best untuk semua ibubapa di Malaysia !
UPSR - 11/9/2017 till 14/9/2017 (dah tamat)
PT3 - 9/10/2017 (25 hari lagi)
SPM - 6/11/2017 (53 hari lagi)
STAM - 23/10/2017 (39 hari lagi)
Kena update selalu tarikh exam tu
ReplyDelete