Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Std 1- 6
Apakah itu KSSR ?
KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.
Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.
KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.
Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
APA ITU KSSR????
Mungkin ada sebilangan daripada ibubapa terutamanya ibubapa yang mana anak-anak mendaftar bagi tahun 1 2011 ingin mengetahui secara lebih mendalam tentang apa yang diperkatakan dengan KSSR. Kerana generasi ini adalah generasi pertama yang akan menggunakan KSSR mengantikan KBSR yang telah digunapakai hampir 3 dekad yang lalu. Jadi disini, kami warga sekolah akan cuba menerangkan serba sedikit mengenai apa yang dikaitkan dengan KSSR.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Latar Belakang
1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada :
• Pembangunan modal insan
• Penghasilan pelajar celik minda
• Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat
• Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab.
2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan:
• Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
• Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai
3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan.
Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah
1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
2003 - KBSR (semakan)
2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

PERBEZAAN ANTARA KBSR DENGAN KSSR
KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri.
KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul).
KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH
• Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
• Berasaskan Prinsip KBSR:
- Pendekatan bersepadu
- Perkembangan individu secara menyeluruh
- Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
- Pendidikan seumur hidup
BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI
Komunikasi
Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi
Sains & Teknologi
Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Perkembangan Fizikal & Estetika
Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi
Kerohanian, Sikap & Nilai
Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai
Kemanusiaan
Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan
Keterampilan Diri
Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
KURIKULUM BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Mengapa Standard?
• Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.
• Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
• Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
• Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
• Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .
Juga...
Selamat Berjaya untuk semua Ibubapa di Malaysia...kalian mmg terbaik
Usaha Tangga Kejayaan
http://sumberpendidikan.com/peperiksaan/koleksi-bank-soalan-ujian-akhir-tahun-1-6/
boleh cuba dengan link yg ini juga
http://www.kssr.org/soalan-peperiksaan-pertengahan-tahun-2017/
ataupun soalan kssr tahun lepas 2016
http://www.mykssr.com/2016/02/bank-soalan-kssr-tahun-1-tahun-6.html?m=1
Comments
Post a Comment