KAYAP@HERPES ZOSTER
Kenapa hari ini akak cerita pasal isu KAYAP ?
Sebabnya anak yang sulung for the first time terkena penyakit nie. Tak tahu nak gambarkan macammana perasaan akak ketika ini. Dengan anak ada jauh diutara semenanjung bersama suami manakala akak berada di Klang, Selangor yg sedang menjaga ayah yang uzur. Hanya bergantung harap pada suami untuk menjaga anak sebaik yang boleh. Setiap hari hanya dapat whatsapp dgn anak untuk tahu perkembangan terkini. Untuk pengetahuan semua, anak akak dapat kayap start dari dalam mulut dan merebak ke muka. Sesetengah orang ada yang tumbuh dari dada, dari belakang badan dan ada yg kena dipinggang. Text setiap hari dengan anak blister (gelembung air) dah merebak kat mana, boleh makan atau tidak, air penawar ada lagi atau tidak, ubat doctor dah makan ke belum...hanya seorang ibu yang pernah mengalami keadaan seperti ini yang memahami situasi akak ketika ini. Hendak lari balik menjenguk anak, ayah pula uzur...kedua-duanya penting dalam hidup akak. Allah lebih mengetahui perasaan ketika ini. Semoga akak diberikan kekuatan mental dan emosi.
Kayap atau nama saintifiknya Herpes Zoster merupakan penyakit yang disebabkan oleh pengaktifan semula virus Varicella Zoster iaitu virus yang menyebabkan cacar air berlaku. Virus kayap yang memasuki badan akan kekal dalam sistem saraf kita. Jadi, serangan kayap akan terjadi kembali jika imun badan kita lemah.
Kayap ni akan meninggalkan kesan melepuh pada kulit dan akan buatkan anda berasa sakit. Nak gerakkan kawasan badan yang terkena kayap pun akan berasa sakit..
Kadang kadang anda akan rasa gatal, kulit kelihatan kemerahan, atau pedih pada sesuatu tempat. Ia mengambil masa dalam 2-3 hari untuk anda nampak kesan ruam melepuh yang berisi cecair. Ada individu yang terpaksa menahan sakit akibat kayap sehingga 3-4 minggu untuk bebas sepenuhnya dari kayap ni akan tetapi kesannya pada urat saraf masih boleh dirasai sehingga tempoh 5-6 bulan lamanya.
Yang agak memeritkan juga adalah apabila kulit yang mendapat serangan kayap tu bergesel dengan pakaian. Jika anda merasakan geseran tersebut menyebabkan anda kurang selesa, cuba untuk elakkan kayap tersebut ditutupi oleh pakaian yang kasar. Kalau boleh, pakailah pakaian yang selesa ataupun dedahkan sedikit kayap tersebut untuk keselesaan diri.
Sehingga sekarang, faktor yang menyebabkan peangaktifan virus kayap ni tidak diketahui. Cuma, ada beberapa faktor yang ketara menyebabkan kayap seperti peningkatan umur, stress, penyakit, dan sistem imun yang lemah dan juga khabarnya kerana darah kotor (wallahualam)
Contohnya, golongan dewasa yang meningkat usia dan pernah menghidapi cacar air mempunyai risiko yang tinggi untuk menhidap kayap kerana sistem imun mereka yang lemah. Jika serangan kayap pada golongan berusia tidak dirawat dengan cepat, ia akan mengakibatkan komplikasi yang serius seperti Neuralgia Pasca Herpes (PHN).
PHN ni penyakit yang menyebabkan kesakitan saraf jangka panjang yang mengambil masa yang lama untuk sembuh. Ia akan menyebabkan komplikasi yang serius pada kesihatan seperti parut yang teruk, hilang pendengaran, jangkitan kulit dan otot yang lemah.
Serangan kayap ni memang beri kesan negatif kepada kehidupan pesakit. Ia boleh mengganggu emosi pesakit dan mengurangkan tahap keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai.
Kayap ni tidak boleh disembuhkan kerana virus cacar air memang dah ada dalam badan. Walaubagaimanapun, ada beberapa cara yang mampu merawat dan mengurangkan risiko kayap daripada menjadi aktif semula.
Antara rawatan untuk mengurangkan risiko kayap yang berulang adalah :
Antara ubat antiviral yang membantu mengurangkan kesakitan dan risiko kayap yang teruk, doktor akan berikan anda beberapa ubat seperti Acyclovoir (Zovirax), Valacyclovir (Valtrex) dan Famcicclovoir (Valtrex).
Ubat ubat ni patut diambil sejak awal lagi iaitu semasa ruam kayap tu baru nak muncul. Ia juga membantu kes kayap PHN supaya penghidap dapat mengawal kesakitan dan komplikasi serius seperti lemah otot dapat dielakkan.

- Penggunaan vaksin kayap iaitu ZOSTAVAX
Vaksin ZOSTAVAX ni ialah vaksin dalam bentuk suntikan untuk orang dewasa terutamanya golongan emas antara umur 60 tahun ke atas bagi mengurangkan risiko menghidapi kayap. Kayap yang dihidapi oleh warga emas lagi bahaya kerana boleh menyebabkan kerosakan pada sebahagian saraf yang disebabkan oleh virus zoster yang sedang membiak.
Sebab itulah vaksin ni sangat penting diambil pada mereka yang pernah diserang cacar air supaya dapat mengelakkan diri daripada dihinggapi kayap.
Vaksin VOSTAVAX ni sebenarnya digunakan di negara negara maju seperti US, United KIngdom dan Australia. Cuma, bagi negara Asia, vaksin ni mulai digunakan di Korea, Taiwan, Singapura dan Hong Kong.

- Ubat untuk kayap perskripsi dari doktor
Antara ubat antiviral yang membantu mengurangkan kesakitan dan risiko kayap yang teruk, doktor akan berikan anda beberapa ubat seperti Acyclovoir (Zovirax), Valacyclovir (Valtrex) dan Famcicclovoir (Valtrex).
Ubat ubat ni patut diambil sejak awal lagi iaitu semasa ruam kayap tu baru nak muncul. Ia juga membantu kes kayap PHN supaya penghidap dapat mengawal kesakitan dan komplikasi serius seperti lemah otot dapat dielakkan.
- Pek berisi ais diletakkan pada kulit terkena kayap
- Rehat secukupnya tanpa melakukan sebarang aktiviti yang berat.
- Ambil ubat antiradang seperti Ibuprofen dan Aspirin untuk mengurangkan keradangan dan mengurangkan rasa sakit. Pastikan dapat nasihat doktor dulu sebelum anda mengambil ubat ni untuk serangan kayap tersebut.
- Elakkan dari memicit atau menggaru gelembung gelembung kayap tu. Ini nak mengelakkan dari parut yang hodoh dan jangkitan kulit yang lain.
- Pakai krim steroid untuk melegakan kesakitan dan megecutkan gelembung kayap. Boleh cuba Krim Herbal Blend yang kaya dengan herba semulajadi untuk masalah kulit.
Untuk mereka yang kurang tahu rupa penyakit kayap ni bolehlah rujuk kepada link dibawah
Untuk maklumat lanjut tentang ubat kayap bolehlah rujuk kepada link dibawah
Semoga cepat sembuh
ReplyDeleteAamiin...terima kasih
DeleteDah sembuh !
Bertabahlah dgn semua dugaan
ReplyDeleteAamiin...alhamdulillah dah sihat !👍
ReplyDelete